Saturday, April 12, 2008

Kepada pengundi Barisan Nasional N.34 Liawan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sebelum saya memulakan langkah kanan ke alam siber ini, terlebih dahulu ingin saya ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada penduduk di ADUN N.34 Liawan khasnya kerana telah mengundi saya serta Barisan Nasional dalam PRU ke-12 baru-baru ini. Juga tidak dilupakan kepada semua ahli Barisan Nasional yang telah berkempen dan bekerja bertungkus lumus di sepanjang tempoh PRU-12 baru baru ini, terima kasih atas perjuangan anda. Mandat yang telah anda semua telah berikan tidak akan saya sia-siakan, InsyaAllah.

Yb. Datuk Haji Sairin bin Haji Karno,
ADUN N.34 Liawan,
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.