Saturday, April 12, 2008

Kepada pengundi Barisan Nasional N.34 Liawan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sebelum saya memulakan langkah kanan ke alam siber ini, terlebih dahulu ingin saya ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada penduduk di ADUN N.34 Liawan khasnya kerana telah mengundi saya serta Barisan Nasional dalam PRU ke-12 baru-baru ini. Juga tidak dilupakan kepada semua ahli Barisan Nasional yang telah berkempen dan bekerja bertungkus lumus di sepanjang tempoh PRU-12 baru baru ini, terima kasih atas perjuangan anda. Mandat yang telah anda semua telah berikan tidak akan saya sia-siakan, InsyaAllah.

Yb. Datuk Haji Sairin bin Haji Karno,
ADUN N.34 Liawan,
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

6 comments:

TEKNIKAL SDO SABAH said...

Dato. Takkan tak update Dato?

Haji Mohd.Farid Linggi said...

SERANGKAI KATA
Syukur alhamdullilah saya panjatkan kepada Illahi kerana izin-Nya maka dapat diterbitkan buku ini, nukilan Tuan Haji Mohammad Farid Linggi, satu usaha beliau mengetengahkan kefahaman mengenai keunggulan agama Islam sebagai agama Allah. Kekeliruan manusia mengenai kefahaman konotasi “keunggulan” satu-satu anutan dalam memurnikan kehidupan, sedikit sebanyak beliau telah menjernihkan nurani para penganut satu-satu keyakinan.
Sebuah buku nukilan beliau sebelum ini bertajuk “Kehidupan Dalam Tiga Dimensi” telah diterbitkan oleh Pustaka Syuhadah, Kuala Lumpur dalam tahun 1998, menghimbau kembali pengalamannya untuk mencari kebenaran satu-satu anutan telah melalui tiga zaman kehidupan seperti zaman Paganisme; zaman Krestianiti; dan zaman Islam. Dengan pengalaman tersebut beliau telah mendewasakan diri dan mendapat hidayah Allah untuk mengenali Islam sebagai cara Hidup yang sebenar.
Saya sangat bertuah kerana pernah menjadi muridnya semasa beliau berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Bingkor, Keningau yang sentiasa mengambil berat mengenai pembangunan insan. Beliau sering mengingatkan pelajar-pelajarnya untuk menggunakan masa sebaik mungkin dan jangan biarkan masa menggunakan anda! Mutiara kata serupa ini adalah dari firman Allah surah Al-Ashr ayat 103, walaupun pada masa itu beliau menganuti Keristian.
Felosofi pemikirannya sentiasa dihiasi dengan pembanguan yang digarisbawahkan oleh aqidah Islam. Kata-kata hikmah yang sentiasa memurnikan hujahnya ialah mengenai konsep ukhuwah kemanusiaan dengan menggunakan pepatah bahasa Inggeris: “Two Heads are better than one;” “If you asked you will a fool for one minute but if you don’t ask you will be a fool for the rest of your life.” Dalam menyelesaikan satu-satu agenda pembela- jaran, beliau sentiasa menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk mengamalkan budaya berbincang.
Sebagai seorang insan yang menerima Islam sebagai agamanya setelah separuh dari umurnya, beliau sentiasa berfikir dan mengkaji mengenali diri sendiri sebelum mengenali keagungan Allah S.W.T. Bukunya yang kelima ini yang bertajuk: Dimensi Iman Lambang Keunggulan Islam” menghayati pembangunan insan sebagai hambah Allah yang amat menarik untuk dibaca.
Saya amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji kerana diundang untuk memenuhi ruang serangkai kata dalam buku ini. Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada beliau untuk membolekannya meneruskan dakwanya melalui penulisan. InsyaAllah!

Datuk Haji Sairin Hj. Karno
Pembantu Menteri Kemajuan Luar Bandar, Sabah.


Haji Mohd Farid Linggi
http://bicaramindafarid.blogspot.com

Ajin b. Gagah said...

Salam Hormat YB,
Dengan hati yang terbuka saya mengalu-alukan lawatan YB ke blog saya baru-baru ini.

Terkilan juga kerana setakat ini, YB ada lah ahli YB pertama yang pernah memberi ulasan dalam blog saya.Thanks

Ini petanda, YB seorang yang proakitf mengikuti arus perubahan dalam era media tanpa sempadan ini. Solute.

Persoalan isu pokok ' kemana kah ala tuju PKR Sabah masa kini?

Saperti yang saya nyata kan kepada blogger pelawat yang lain saya pun kurang pasti.
Kita jarang mendengar berita mengenai aktiviti mereka.

Cuma sekali sekala Dr Jeffry dan pemimpin PKR Tenom yang kenampakan mengeluarkan statement. Itu pun komen biasa-biasa sahaja. Bukan berbisa saperti tahun-tahun sebelum nya.

Terasa juga seakan-akan mereka ini semacam ' Hidup segan mati tak mahu'. Itu sahaja cerita yang saya tahu masa kini.
Apa yang PKR buat dimasa akan datang, saya kurang pasti.

Persoalan kedua; PKR Semenanjung tidak memahami perasaan dan sentimen rakyat Sabah ?
Rasa nya dalam hal ini, maseh ada ruang untuk di bincangkan; sama ada ia nya pasti atau pun tidak.

Saperti UMNO, kedua-dua parti (KL based) pun masing-masing mempunyai 'Handicapped' yang sama.
Cuma beza nya UMNO parti pemerentah.

Sama ada parti-parti ini mendapat tempat di hati rakyat Sabah? kajian telus lagi tanpa prasangka perlu di buat secara menyeluruh; sabelum kita mengesahkan kebenaran mutlak.


Persoalan ketiga; Yang ikut PKR ni kebanyakannya adalah individu2 yang kecewa sebab tidak mendapat apa yang mereka idamkan semasa dalam BN ?
Secara sepintas lalu, memang tidak dapat di nafikan pendapat YB itu memang ada kebenaran nya.

Cuma apa yang merisukan ia lah golongon muda yang menyertai parti tersebut.
Golongan ini belum berapa terdedah kepada budaya 'politik wang' atau pun ' mencari projek' saperti golongan lama.

Mereka ini menyertai parti pembangkang saperti PKR, kerana protest.
Protest; kerana apa yang mereka nampak dan rasakan terjadi disana sini di Sabah ini tidak menghiburkan.
Khusus nya, gejala kemiskinan, pengangguran dan penghijraan muda mudi ke luar daerah dan ke semenanjung.

Sedangkan Yb sendiri tahu, isu komplek saperti ini bukan mudah untuk ditangani oleh sesiapa pun.

However, saperti biasa parti pemerentah juga di pertanggung jawab kan , ya?

Dengan telus, itu lah analisis saya YB setakat ini, untuk itu, kita kena lah fikir-fikir kan.

*Untuk rekod, blog YB sudah saya link kan dengan blog saya.

ARIVAI said...
This comment has been removed by the author.
ARIVAI said...

Tahniah atas usaha mewujudkan e-Learning di kawasan Liawan. Tak sabar rasanya menunggu hari pelancaran secara rasmi supaya kami kaum guru dan pelajar dapat memanfaatkan secara optimum kearah kecemerlangan pendidikan masa hadapan.

Lucy Gordon said...

bagus ini 1 malaysia, konsi tiada pilih kasih..tapi jalan raya pi rumah sa di kg merampong 10 tahun suda sa minta sponser umno bikin habuk pun tiada..sia mau minta tulung si dato baini minta tar jalan pi rumah sa..10 tahun suda beii sa tunggu..